ARTIKEL

Lee bersama yang lain ketika meninjau tapak projek naik taraf Jalan Ilmu di Desa Senadin, semalam. (FOTO: UKAS)

RM1.481 juta naik taraf Jalan Ilmu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Peruntukan RM1.481 juta untuk menaik taraf Jalan Ilmu di Desa Senadin bagi membaiki kerosakan akibat banjir besar yang melanda kawasan berkenaan awal tahun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, projek itu turut melibatkan kerja menaikkan aras jalan kira-kira 0.5 meter bagi mengurangkan risiko banjir berulang.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, projek berkenaan dilaksanakan selama empat bulan bermula 11 Ogos hingga 10 Disember 2026.

Katanya, kerja naik taraf merangkumi pembinaan kerb konkrit, penambahan lapisan asas jalan sepanjang 510 meter, pemasangan premix sepanjang 1,245 meter, pembinaan bahu jalan serta pengecatan garisan jalan.

Usaha pemulihan turut diperluaskan ke beberapa jalan lain di Desa Senadin, Permyjaya dan Tudan yang mengalami kerosakan akibat banjir.

“Peruntukan khas tambahan kira-kira RM10 juta diperoleh bagi melaksanakan kerja penurapan semula dan pemulihan jalan di kawasan terbabit.

“Daripada jumlah itu, RM5.78 juta diperuntukkan bagi penurapan semula tujuh jalan di Desa Senadin, RM3.07 juta bagi lapan jalan di Permyjaya dan RM1.15 juta bagi lima jalan di Tudan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan peruntukan khas yang dipohon susulan kerosakan akibat banjir dan bukan daripada dana penyelenggaraan biasa Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Katanya, MBM perlu menyediakan reka bentuk dan melalui proses tender sebelum kerja berkenaan dimulakan.

“Proses tender bagi peruntukan RM10 juta ini dijangka dipanggil pada minggu pertama atau kedua September, manakala kerja penurapan dijangka bermula pada Oktober,” katanya.

Lee berharap keseluruhan kerja penurapan dan pemulihan jalan berkenaan dapat disiapkan sebelum penghujung tahun ini bagi memastikan penduduk menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik dan selamat.

Kerajaan Sarawak, katanya, akan terus memberi perhatian terhadap keperluan infrastruktur asas, khususnya jalan raya, bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna serta mengurangkan kesan banjir terhadap penduduk setempat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU