ARTIKEL

Awang Tengah bersama tetamu kehormat meninjau tapak projek di SMK Limbang, semalam. | UKAS

RM4.5 juta untuk naik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Sebanyak RM4.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Limbang menjadi Pusat Tingkatan Enam Limbang bagi memperkasakan pendidikan prauniversiti dengan kemudahan yang moden dan selesa untuk pelajar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Pusat Tingkatan Enam Limbang itu akan menjadi pusat kedua seumpamanya di Sarawak, dengan peruntukan telah disalurkan kepada Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA), manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) dipilih sebagai agensi pelaksana.

Awang Tengah bersama tetamu kehormat meninjau tapak projek di SMK Limbang, semalam. | UKAS
Awang Tengah bersama tetamu kehormat meninjau tapak projek di SMK Limbang, semalam. | UKAS

“Saya mahu projek ini dilaksanakan segera dan saya dimaklumkan oleh JKR bahawa ia dijangka siap dalam tempoh lapan bulan,” katanya.

Awang Tengah juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sari berkata demikian selepas melawat tapak projek di SMK Limbang, semalam.

Awang Tengah bersama tetamu kehormat meninjau tapak projek di SMK Limbang, semalam. | UKAS

Beliau menegaskan bahawa kelulusan pelan bangunan tidak perlu dibawa ke peringkat negeri, sebaliknya boleh diputuskan di peringkat bahagian bagi mempercepat proses pelaksanaan.

Antara struktur dalam kerja menaik taraf sekolah berkenaan adalah tiga blok akademik, satu blok pentadbiran dan sebuah blok asrama.

Keadaan bangunan lama SMK Limbang yang bakal dinaik taraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Limbang. | UKAS
Keadaan bangunan lama SMK Limbang yang bakal dinaik taraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Limbang. | UKAS

“Skop kerja pula melibatkan penggantian bumbung, pemasangan siling baharu, kerja-kerja mengecat, pendawaian elektrik semula, penambahan bilangan tandas, serta penyediaan kelengkapan perabot untuk blok akademik, pentadbiran, kantin dan asrama,” jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) sebelum ini telah membina beberapa kemudahan di tapak yang sama, termasuk blok asrama lelaki dan perempuan, kantin serta dewan makan.

Keadaan bangunan lama SMK Limbang yang bakal dinaik taraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Limbang.
Keadaan bangunan lama SMK Limbang yang bakal dinaik taraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Limbang. | UKAS

Lawatan turut disertai Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap ADUN Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi; Jurutera Bahagian JKR Limbang, Mahathir Jokeni; Pegawai Pendidikan Daerah Limbang, Matzinan Wahit; Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Limbang, Iwan Halmi; wakil Pengarah NRDA, Wesley Rimai serta wakil Jabatan Tanah dan Survei Limbang, Bujang Radin.

Keadaan bangunan lama SMK Limbang yang bakal dinaik taraf sebagai Pusat Tingkatan Enam Limbang. | UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU