RM50 juta untuk bangunkan Centexs Dalat, bakal siap Disember 2020.

OYA: “Sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak melalui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi membina Centre of Technical Excellence Sarawak (Centex) Kampus Dalat yang dijangka akan disiap pembinaannya pada Disember 2020,” jelas Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti , Wanita dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Jelas beliau Centexs tersebut memerlukan tempoh 24 bulan untuk disiapkan dan jika tidak ia akan siap pada Januari 2021.

“Ini antara permohonan kita dengan Ketua Menteri Sarawak, untuk dibinanya sebuah pusat untuk melatih belia-belia kita diwujudkan di Dalat ini yang mana akan memberi fokus kepada kursus secara teknikal sifatnya dan juga merangkumi aspek warisan.

“Centexs ini dijangka untuk mengambil pelatih dari bahagian Mukah, Sibu, Kapit dan Bintulu yang mana dari segi lokasi bangunan ini akan terletak di tanah kerajaan Sarawak (Lot 611),” katanya di sini Selasa lalu.

Tambahnya, Centexs tersebut akan merangkumi hostel untuk pelatih lelaki dan perempuan, kerana Centexs akan mengambil pelatih dari kawasan lain luar dari Dalat.

“Oleh itu akan ada tempat penginapan dan juga termasuklah perlu ada pihak warden untuk itu, selain dari hostel, terdapat juga warden kuaters,kantin, dewan makan, bilik kelas, bengkel, blok pentadbiran dan termasuklah pusat bahasa.

“Dari konsep bangunan Centexs ini akan memiliki ciri Melanau menerusi konsep bangunan yang kita serlahkan melalui konsep Terendak iaitu warna warna merah, hitam dan kuning,” ujarnya.

Katanya lagi Centex tersebut akan mulakan pembangunannya pada bulan Oktober tahun ini setelah pihak Jawatankuasa Reka Bentuk Bangunan Negeri (SBDC) meluluskan pemohonan bangunan tersebut.