ARTIKEL

RM9,000 disalur bantu SK Ulu Sungai Naman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Keperluan menyediakan infrastruktur sekolah yang selesa dan berdaya tahan perlu diberi perhatian bagi menyokong peningkatan jumlah murid, termasuk di sekolah yang terletak di luar kawasan pentadbiran Julau tetapi menempatkan ramai anak-anak dari kawasan itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien ketika Program Bersama dengan Komuniti di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Sungai Naman, yang terletak di sempadan pentadbiran Lanang dan Julau sebelum pentadbirannya berada di bawah Julau.

Walaupun projek yang diberikan hanya melibatkan kawasan Parlimen Julau, tanggungjawab sebagai wakil rakyat mendorong beliau untuk terus membantu pihak sekolah demi keselesaan murid.

Sejak beberapa tahun lalu, lebih 70 murid dari Julau bersekolah di SK Ulu Sungai Naman, manakala kini jumlahnya meningkat kepada lebih 120 murid yang merupakan anak-anak dari Julau.

Sehubungan itu, keperluan terhadap infrastruktur sekolah yang baik dilihat amat penting, khususnya bagi memastikan sekolah mempunyai kemudahan yang selesa dan berdaya tahan untuk menyokong pertambahan jumlah murid.

Usaha meningkatkan kemudahan sekolah juga diharapkan dapat dilaksanakan secara bersama dengan penglibatan ibu bapa dari rumah panjang serta komuniti menerusi semangat gotong-royong.

Dalam program berkenaan, sebanyak RM9,000 disalurkan bagi membantu keperluan di SK Ulu Sungai Naman.

Kerjasama dan sokongan pemimpin serta komuniti setempat diharap dapat diteruskan bagi membantu sekolah-sekolah di kawasan berkenaan, khususnya dalam menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk anak-anak mendapatkan pendidikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU