SIBU: Delegasi University of Canterbury (UC), New Zealand akan mengadakan lawatan ke Sibu pada 26 September ini.
Menurut Alumni UC Cabang Sibu, delegasi itu diketuai Naib Canselor Profesor Cheryl de la Rey.
“Sempena lawatan itu, kami akan menganjurkan Majlis Makan Malam Alumni UC di The Ark Cafe & Restaurant pada 26 September sebagai mengalu-alukan kehadiran delegasi itu.
“Naib canselor dan rakan sekerja mereka amat berminat untuk bertemu dengan semua alumni UC di Sibu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Selain Malaysia, Cheryl de la Rey juga melawat Singapura dan Samoa, diiringi Pengarah UC Thea Kleiber dan Pengarah Bersekutu UC Charu Uppal.
Rombongan dijadual mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.
Kemudian rombongan akan melawat Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan ke SMK Sacred Heart. Selain itu, delegasi akan berada di Methodist Pilley Institute (MPI) sebelum menghadiri majlis makan malam.
Universiti Canterbury, salah satu universiti tertua di New Zealand, terletak di Christchurch mempunyai 150,000 alumni dari seluruh dunia.
Ahli alumni boleh mendaftar untuk makan malam melalui https://events. humanitix.com/uc-alumni-functionin-sibu-2024/contact atau dengan menghubungi 084-312813 (Sia atau Liau).



