PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran penuh Piala Dunia FIFA 2026 menerusi RTM dan Unifi TV yang dilantik sebagai penyiar rasmi kejohanan itu.
Kesemua 104 perlawanan boleh ditonton melalui saluran TV Okey, Sukan+ dan platform penstriman RTMKlik.
Peminat juga boleh mengikuti kejohanan secara percuma menerusi RTMKlik menggunakan telefon pintar, komputer dan televisyen pintar.
Selain siaran langsung, RTM akan menyediakan program khas termasuk analisis, sorotan harian dan perkembangan terkini kejohanan.
Menurut Bernama, Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico menjadi edisi terbesar dalam sejarah dengan penyertaan 48 pasukan.


