ARTIKEL

SUKAN FAIZAL Rubiah hadir beri sokongan kepada pemain remaja KOTA SAMARAHAN: Meskipun berdepan jadual program yang agak padat, ia bukan kekangan buat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, untuk meluangkan masa menyaksikan perlawanan Liga Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026. Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan itu turut berkesempatan menyantuni barisan pemain muda berbakat yang menyertai liga berkenaan di padang bola sepak Kampung Sindang, semalam. Kehadiran beliau mencetuskan semangat dalam kalangan pemain muda yang mewakili pelbagai kelab. Pada kunjungan ringkas itu, beliau berpeluang mengetahui dengan lebih dekat program anjuran MO-2uang dengan kerjasama GEN 16 tersebut. "Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Rubiah Wang kerana sudi meluangkan masa bersama pemain yang terlibat dalam liga berkenaan. "Kami percaya pemain lebih bersemangat dengan kehadiran wakil rakyat berkenaan," ujar Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak kepada Arena Suara Sarawak. Turut mengiringi beliau ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd Azri Johari, serta beberapa ahli exco lain. Kejohanan terbabit berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) serta disertai pasukan yang mewakili pelbagai kelab dan akademi. KAPSYEN: RAKAM KENANGAN... Rubiah Wang (berdiri di tengah) merakam gambar kenangan bersama pemain.

Rubiah hadir beri sokongan kepada pemain remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Meskipun berdepan jadual program yang agak padat, ia bukan kekangan buat Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, untuk meluangkan masa menyaksikan perlawanan Liga Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun 2026.

Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan itu turut berkesempatan menyantuni barisan pemain muda berbakat yang menyertai liga berkenaan di padang bola sepak Kampung Sindang, semalam.

Kehadiran beliau mencetuskan semangat dalam kalangan pemain muda yang mewakili pelbagai kelab.

Pada kunjungan ringkas itu, beliau berpeluang mengetahui dengan lebih dekat program anjuran MO-2uang dengan kerjasama GEN 16 tersebut.

“Pihak kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Rubiah Wang kerana sudi meluangkan masa bersama pemain yang terlibat dalam liga berkenaan.

“Kami percaya pemain lebih bersemangat dengan kehadiran wakil rakyat berkenaan,” ujar Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak kepada Arena Suara Sarawak.

Turut mengiringi beliau ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd Azri Johari, serta beberapa ahli exco lain.

Kejohanan terbabit berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) serta disertai pasukan yang mewakili pelbagai kelab dan akademi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat