ARTIKEL

CENDERAHATI.... Peter Kebing menyampaikan cenderahati kepada Gerawat Gala selepas majlis perasmian blok baharu rumah panjang.

Rumah panjang lambang identiti dan perpaduan Long Apu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ULU BARAM: Rumah panjang bagi komuniti Long Apu bukan sekadar tempat tinggal, malah ia juga lambang identiti, budaya, adat resam dan tempat penyatuan masyarakat.

Ketua Kaum (KK) Long Apu, Peter Kebing Tingang berkata, di sinilah tempat mereka berkumpul, berbincang, menyelesaikan masalah bersama, meraikan perayaan serta mendidik anak-anak supaya menghormati adat dan budaya.

BECAK… Keadaan menjadi becak dan licin selepas hujan boleh mendatangkan bahaya terutama kepada warga emas dan kanak-kanak.

Atas sebab itu, katanya, pembinaan blok baharu rumah panjang ini membawa makna yang sangat besar kepada seluruh penduduk kampung kerana ia menjadi lambang baharu untuk generasi muda di Long Apu agar terus tinggal bersatu dan membangunkan kampung halaman sendiri.

“Komuniti Long Apu telah melalui pelbagai cabaran sejak dahulu lagi. Kedudukan kampung kami yang jauh di pedalaman menyebabkan banyak kemudahan asas agak sukar diperoleh berbanding kawasan lain. Namun begitu, masyarakat kami tetap tabah menghadapi segala cabaran kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Blok Rumah Panjang Baharu Kampung Long Apu di sini yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, serta Ahli Parlimen Baram, Datuk Anyi Ngau.

Menurut Peter, meskipun jauh dari bandar, masyarakat Long Apu hidup dalam suasana aman dan harmoni dengan semangat gotong-royong yang masih kukuh diamalkan. Setiap kali pembinaan rumah, majlis keramaian atau kecemasan, penduduk akan berganding bahu membantu tanpa mengira usia dan kedudukan.

“Kami percaya kekuatan sesebuah kampung terletak pada perpaduan masyarakatnya. Sebab itu, masyarakat Long Apu sentiasa menjaga hubungan baik sesama penduduk serta menghormati pemimpin dan kerajaan,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas pelbagai bantuan yang disalurkan kepada Kampung Long Apu, termasuk penyediaan menara telekomunikasi pada 2023 dan kemudahan tenaga solar pada 2021.

“Kami berharap keperluan dan permohonan masyarakat Long Apu terus diberi perhatian demi kesejahteraan penduduk di kawasan pedalaman,” katanya.

Antara permohonan yang disuarakan adalah menaik taraf bekas jalan balak dari jalan utama ke Kampung Long Apu. Menurut Peter, keadaan jalan pada kini agak rosak dan sukar dilalui terutama ketika musim hujan.

“Kadangkala perjalanan menjadi terlalu mencabar sehingga menjejaskan urusan harian penduduk seperti membawa hasil pertanian, mendapatkan rawatan kesihatan, urusan persekolahan dan kecemasan.”

Beliau turut memohon agar jalan di antara blok rumah panjang disimen kerana merupakan laluan utama penduduk setiap hari.

“Ketika hujan, keadaan menjadi becak dan licin serta membahayakan warga emas dan kanak-kanak. Jalan yang lebih baik akan meningkatkan keselesaan serta menjadikan kawasan rumah panjang lebih tersusun dan selamat.”

Komuniti Long Apu juga amat berharap agar sebuah dewan serba guna dibina di kampung ini.

“Pada masa ini, kami masih kekurangan tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat dan aktiviti kemasyarakatan. Sekiranya dewan serba guna dibina, ia akan menjadi pusat aktiviti yang memberi manfaat besar kepada penduduk, khususnya generasi muda.”

Beliau turut berharap generasi muda di kampung itu dapat menikmati pembangunan yang lebih baik pada masa hadapan tanpa perlu meninggalkan kampung halaman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,