ARTIKEL

Rumah Putih hadkan akses media ke ruangan ‘Upper Press’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Rumah Putih memaklumkan bahawa pihaknya mengehadkan akses pemegang pas media ke kawasan dikenali sebagai “Upper Press” tanpa janji temu, dengan alasan bagi melindungi “bahan sensitif.”

Menurut memorandum yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (NSC), wakil media dilarang memasuki Bilik 140 di Sayap Barat, yang juga dikenali sebagai “Upper Press”, tanpa janji temu, lapor Anadolu Ajansi.

Dasar yang berkuat kuasa serta-merta itu bertujuan memastikan pematuhan terhadap amalan terbaik berkaitan akses kepada bahan sensitif, menurut kenyataan itu.

Memorandum berkenaan menyatakan bahawa perubahan struktur terkini dalam NSC menjadikan Rumah Putih bertanggungjawab mengurus semua komunikasi termasuk hal ehwal keselamatan negara, yang melibatkan pengendalian maklumat sensitif oleh kakitangan komunikasi.

“Bagi melindungi bahan itu dan mengekalkan penyelarasan antara kakitangan Majlis Keselamatan Negara serta kakitangan komunikasi Rumah Putih, wakil media tidak lagi dibenarkan mengakses Bilik 140 tanpa kelulusan awal melalui janji temu dengan pegawai Rumah Putih yang diberi kuasa,” menurut dokumen itu.

Bagaimanapun, wartawan masih dibenarkan berinteraksi secara bebas dengan pembantu media di kawasan “Lower Press” berhampiran bilik taklimat.

Persatuan Wartawan Rumah Putih (WHCA) menentang sekatan baharu itu dengan menyatakan langkah berkenaan akan menjejaskan keupayaan wartawan menyoal pegawai, memastikan ketelusan dan tanggungjawab kerajaan.

“Persatuan Wartawan Rumah Putih menentang sebarang usaha untuk mengehadkan wartawan daripada kawasan dalam operasi komunikasi Rumah Putih yang sekian lama terbuka untuk pengumpulan maklumat berita, termasuk pejabat setiausaha akhbar,” kata Presiden WHCA, Weijia Jiang dalam satu kenyataan.— Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road