ARTIKEL

KENDERAAN dan rumah terlibat yang ranap dalam kejadian tersebut.

Rumah terbakar, tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 13 penghuni daripada dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kejadian kebakaran di Lorong 12, Kampung Bahagia Jaya Tengah, Teku yang berlaku awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 pagi itu, ia turut memusnahkan beberapa kenderaan. 

“Mangsa yang terlibat berusia antara setahun sehingga 63 tahun dimana kesemuanya terselamat selepas menjayakan menyelamatkan diri.

“Difahamkan mangsa-mangsa terlibat adalah termasuk seorang bayi perempuan berusia setahun dan seorang lelaki dikategorikan orang kelainan upaya (OKU) berusia 37 tahun,” katanya.

Susulan itu ujar Andy, pihaknya menggerakkan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diketuai Shairulnizam Wailie ke tempat kejadian setelah menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.18 pagi.

Menurutnya lagi, sepasukan 11 anggota dari BBP Sibu Sentral yang bertindak sebagai balI bantuan turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu operasi pemadaman. 

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua rumah setingkat  jenis tidak kekal. Rumah pertama berkeluasan 30×15 kaki persegi terbakar dalam 80 peratus, manakala rumah kedua anggaran keluasan 40×20 kaki persegi terbakar 100 peratus. 

“Kebakaran juga melibatkan sebuah kereta, sebuah van dan tiga buah motosikal. Kesemua penghuni rumah termasuk seorang OKU berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan anggota bomba di lokasi,” ujarnya di sini, hari ini (Rabu).

Beliau mengatakan pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan 1 aliran hos hantaran 200 kaki 2 pancutan sumber air pili bomba ke pam jentera dan 1 aliran salur bantu mula.

“Pihak kami terus melakukan pemadaman secara ‘offensive’ masuk ke bahagian dalam rumah melalui bahagian depan dan tepi dan membuat pemadaman di bahagian luar rumah pertama
sehingga kebakaran berjaya dikawal,” ujar beliau.

Jelas beliau, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.11 pagi dan kebakaran tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa dilaporkan.

Andy berkata, kerja-kerja ‘Overhaul’ dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan di lokasi dan operasi ditamatkan pada jam 7.45 pagi.

“Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” tegas beliau.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya