ARTIKEL

Rundingan Selat Hormuz diteruskan, Iran cari penyelesaian diplomatik di Oman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf dan diplomat kanan, Abbas Araghchi tiba di Oman pada Isnin bagi mengadakan rundingan mengenai kerangka baharu pengurusan Selat Hormuz.

Ketibaan kedua-dua pemimpin itu disambut Menteri Luar Oman, Badr Albusaidi. Lawatan berkenaan berlangsung selepas mereka menyertai rundingan bersama Amerika Syarikat (AS) di Switzerland.

Rundingan di Muscat bertujuan membincangkan pengaturan baharu bagi laluan perairan strategik itu, selain memanfaatkan ruang diplomatik untuk meredakan ketegangan di rantau berkenaan.

Oman dan Iran turut menekankan kepentingan memelihara keselamatan serantau serta memastikan kebebasan dan keselamatan pelayaran di Selat Hormuz dan laluan perairan antarabangsa lain.

Qalibaf dan Araghchi sebelum ini menyertai rundingan selama 18 jam dengan AS di Switzerland di bawah pengantaraan Pakistan dan Qatar mengenai pelaksanaan memorandum persefahaman antara Tehran dan Washington.

Qalibaf turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Sultan Oman, Sultan Haitham bin Tariq bagi membincangkan kerjasama dua hala dan isu serantau.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU