ARTIKEL

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong menjawab pertanyaan pada mesyuarat pertama penggal kelima Majlis Parlimen kelima Belas Dewan Negara di Parlimen Malaysia hari ini.

RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 yang bertujuan mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang bagi setiap negeri berdasarkan struktur baharu.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong bagi bacaan kali kedua dan ketiga.

“Kita telah memulakan proses untuk menyemak capitation grant atau pemberian mengikut bilangan orang dan ini merupakan titik permulaan untuk memastikan semakan semula dibuat secara lebih berkala, iaitu setiap 10 tahun,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026 di Dewan Rakyat hari ini.
Kali terakhir pindaan terhadap kadar pemberian tersebut dibuat ialah 24 tahun lalu, iaitu pada 2002.

Mengenai sama ada RUU tersebut berkaitan dengan pemberian khas kepada Sabah berdasarkan 40 peratus hasil negeri itu, Liew berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan pindaan berkenaan.

“Ini kerana RUU ini hanya menyemak kadar pemberian mengikut bilangan orang,” katanya.

RUU itu bertujuan menambah pemberian mengikut bilangan orang kepada setiap negeri serta memastikan layanan lebih adil kepada negeri yang mempunyai jumlah penduduk lebih kecil, di samping negeri berpenduduk ramai turut menerima pemberian lebih tinggi.

Akta itu akan berkuat kuasa pada 1 April ini dan dijangka melibatkan perbelanjaan tambahan sehingga RM538 juta.

Terdahulu, Liew berkata penggubalan akta yang dicadangkan bersifat pentadbiran bagi tujuan menguatkuasakan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang yang baharu.

“Bahagian I, Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk membolehkan kadar baharu tersebut dilaksanakan. Selain itu, bagi membatalkan Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2002 (Akta 622),” katanya.

Persidangan bersambung esok.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU