ARTIKEL

TERIMA GERAN... Rahman Lariwoo (dua dari kiri) menerima replika geran tahunan daripada Karim Rahman (dua dari kanan).

SABA intai bakat baharu petinju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) sedang giat mengenal pasti bakat baharu bagi mewakili Sarawak dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 yang akan berlangsung di Selangor tahun depan.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo, memaklumkan bahawa 11 petinju yang bersaing dalam Sukma XXI 2024 masih layak bertanding pada Sukma XXII 2026.

“Mereka yang tidak layak ke Sukma seterusnya ialah Gideon Riquelme Jonathan, yang kini beraksi di pentas profesional, dan Aidit Aqida, yang telah melebihi had umur,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa petinju yang dikekalkan termasuk pemenang pingat emas, Clarkson Evans Tom, Frederick Xian, dan Hamiesha Hamdan, selain pemenang pingat perak, Lam Wee Liang, Anderton Tie, Patricia Jaquilina, dan Clavia.
Turut disenaraikan ialah pemenang pingat gangsa, Khairil Hazami Sulam dan Bradley Jilan, serta dua petinju yang mara ke suku akhir Sukma XXI 2024, iaitu Marcos Robert dan Peter Nyanggun.

Menurutnya, petinju dalam skuad bayangan Sukma akan didedahkan kepada dua kejohanan utama, iaitu Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Ke-4 di Sri Aman serta Kejohanan Tinju Piala Borneo, yang lokasi dan tarikhnya masih dalam perbincangan.

“Selain itu, mereka juga akan menyertai kejohanan tempatan di Limbang, Sibu, Miri, dan beberapa bahagian lain di Sarawak. Kami sentiasa memantau prestasi mereka di semua pusat pembangunan dan pusat kecemerlangan,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa dua ujian pemilihan akan diadakan oleh SABA bagi mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan petinju di seluruh negeri.

Mengulas mengenai pengagihan geran daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Datuk Rahman menzahirkan penghargaan kepada kementerian atas sokongan yang diberikan.

“Dengan adanya geran ini, kami dapat mengurus persatuan serta pusat pembangunan di beberapa bahagian seperti Sri Aman, Saratok, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri, dan Limbang. Ini juga memudahkan pelaksanaan program pembangunan tinju di Sarawak,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dana tersebut akan dimanfaatkan untuk memperkasakan sukan tinju di negeri ini.

“Terima kasih kepada MYSED atas sokongan menerusi geran ini. Ia akan membantu pelaksanaan program yang telah dirancang sepanjang tahun,” katanya.

CAPTION:

TERIMA GERAN… Rahman Lariwoo (dua dari kiri) menerima replika geran tahunan daripada Karim Rahman (dua dari kanan).

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha