ARTIKEL

KUNJUNGAN... Datuk Rahman Lariwoo (dua dari kiri) bersama-sama wakil kedua-dua pihak pada majlis makan malam.

SABA, KALBAR jalin kerjasama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) mengambil langkah komprehensif apabila bakal menjalin kerjasama dengan Persatuan Tinju Amatir Kalimantan Barat (KALBAR), Indonesia.

Fokus utama kerjasama tersebut adalah untuk membawa petinju muda Sarawak berlatih di pusat latihan badan induk negara jiran berkenaan.

Presiden SABA, Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, pendekatan tersebut dilihat sebagai langkah awal pihaknya mempersiap petinju untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Memurut Rahman, perbincangan bagi tujuan tersebut masih di peringkat awal ketika ini.

“Pihak kita melakukan kunjungan hormat terhadap wakil tinju dari negara jiran itu beberapa hari lepas,” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas beliau, maklum balas awal hasil perbincangan tersebut memperlihatkan keputusan positif berjaya diperoleh.

Bagaimanapun, ia masih belum dimuktamad sepenuhnya dan SABA akan membincangkan secara lebih terperinci perkara itu.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha