ARTIKEL

Sabah Sarawak tidak terpinggir dalam Belanjawan KUSKOP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak dan Sabah tidak terpinggir menerima manfaat daripada peruntukan Belanjawan 2023 menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagaimanapun, perincian jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada kedua-dua wilayah belum dapat dipastikan ketika ini susulan perlu mendapat maklumat lebih mendalam daripada kedua-dua wilayah.

Demikian kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick sambil menambah, kementeriannya telah menerima sebanyak RM732 juta peruntukan dalam Belanjawan 2023.

BERCAKAP… Ewon menjawab soalan daripada pemberita. Turut kelihatan Awang Tengah.

Menurut Ewon, Kerajaan Persekutuan komited memastikan Sarawak dan Sabah menerima manfaat daripada Belanjawan 2023 dan disebabkan itu, beliau hadir dalam mesyuarat SEDCC hari ini.

“Meskipun saya perlu menjawab soalan lisan di Parlimen hari ini, tetapi saya mewakilkan timbalan menteri kementerian di Parlimen supaya saya boleh hadir sendiri ke Kuching.

“Ia bagi menunjukkan komitmen kementerian dan memastikan belanjawan harus sampai ke Sarawak dan Sabah.

“Disebabkan itu kita menghargai dan memberi sokongan kepada Mesyuarat Induk Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Usahawan Sarawak (SEDCC),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat SEDCC yang dipengerusikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Pusat Konvensyen Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Ewon pada masa sama turut memaklumkan kepada Awang Tengah mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah diwartakan sebagai salah satu agensi dibawah kementeriannya.

“Jika ada keperluan, AIM boleh dijadikan  sebagai ahli jawatankuasa SEDCC dan saya juga menyatakan komitmen kementerian untuk terus menyokong Kerajaan Sarawak melalui penubuhan SEDCC dan juga Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat Bahagian.

“Dalam konteks Sarawak, kita turut bersetuju untuk menggunakam struktur sedia ada yang digunakan iaitu Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Peringkat Bahagian.

“Sehubungan itu, kita akan menyalurkan geran-geran pentadbiran kepada agensi ini bagi mengadakan mesyuarat-mesyuarat berkaitan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU