ARTIKEL

Sagah, Dr. Annuar dan tetamu kehormat yang lain bergambar bersama-sama selepas majlis perasmian.

Sagah Seru Sektor Utama PCDS 2030 Contohi PETROS Dalam Pembangunan Tenaga Kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima sektor utama di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) — pertanian, pembuatan, perhutanan, pelancongan dan perkhidmatan, diseru agar mencontohi pendekatan PETROS dalam memperkukuh pembangunan tenaga kerja masa depan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kepimpinan sektor amat penting bagi memastikan penawaran tenaga kerja selaras dengan keperluan industri, sekali gus menyokong aspirasi Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi, maju dan inklusif menjelang 2030.

“Saya mencabar kepimpinan dalam lima sektor utama lain di bawah PCDS 2030 untuk mencontohi PETROS dengan menubuhkan majlis sektor masing-masing bagi merancang keperluan tenaga kerja masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Taklimat Modal Insan Sarawak 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Katanya, tenaga kerja yang berkemahiran, kreatif dan berdaya saing global menjadi pemacu utama dalam usaha kerajaan negeri menarik pelaburan serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan.

Beliau menegaskan, perubahan pesat akibat Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) menuntut tindakan strategik agar negeri ini tidak berdepan ketidaksepadanan kemahiran dan kekurangan tenaga kerja berkelayakan.

Roland turut menyeru pihak industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET dan pendidikan tinggi agar kurikulum selaras dengan keperluan sebenar pasaran kerja dalam sektor digital, tenaga hijau dan pembuatan pintar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU