KUCHING: Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) berjaya menganjurkan Siri Nasional 2 di Kuching pada 15 hingga 16 November lalu, menghimpunkan atlet gimnastik dari seluruh negata untuk mempamerkan keindahan seni, semangat berpasukan, dan perkembangan Aesthetic Group Gymnastics (AGG) yang berterusan.

Siri terbabit menampilkan tiga program utama di bawah Persatuan Gimnastik
Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) iaitu Program IFAGG (Peraturan Antarabangsa), Program NAD (Penggredan) dan Program Sekolah AGG Nasional yang menampilkan pasukan sekolah yang
layak dari seluruh Malaysia.
SAGGA merakamkan penghargaan kepada MAGGA atas bimbingan dan sokongan berterusan serta kepada penaja Jerald’s Cookies & Desserts dan Skin Supp Co. kerana membantu menjayakan acara ini sekali gus menjadikannya kenangan yang tidak
dapat dilupakan bagi peserta dan penonton.
Penyertaan seramai 155 atlet gimnastik dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam saingan terbabit, mewakili kelab dan sekolah dari Selangor, Perak, Kuala Lumpur, Sabah, dan Sarawak.
Kontinjen tuan rumah (Sarawak) mengetengahkan atlet dari Track and Dance, Spade Rhythm Dance Studio, Mine Dance Studio, dan SJK (C) Chung Hua No. 6, bersama pasukan jemputan dari negeri lain.
Sementara itu, kunjungan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew jelas menaikkan semangat atlet gimnastik dan penyokong.
Kata-kata semangat beliau telah memberi inspirasi kepada anak-anak Sarawak dan memberikan panduan berharga kepada SAGGA dalam misi untuk terus membangunkan AGG di negeri ini.
Dalam pada itu, Mango Tango dari Selangor muncul juara antara sekolah (Juara Rutin Wajib Bawah 18 Tahun).
Gelaran juara Rutin Wajib Bawah 12 Tahun milik Cheerful Cremery dari Sarawak.
Sementara gelaran juara Rutin Wajib Bawah 10 Tahun milik Gummy Bears dari Selangor.
Manakala, gelaran juara Rutin Pilihan Bawah 10 Tahun milik Echoes of the Dhol dari Kuala Lumpur.
Apa pun, pencapaian kem Sarawak cukup membanggakan. Meraih emas kategori Kumpulan Bawah 12 Tahun, Cheerful Cremery, Track and Dance Sarawak.
Meraih gangsa menerusi
kategori Bawah 18 Tahun, Mined to Shine, Mine Dance Studio Sarawak dsn pingat sama (gangsa) dalam kategori Bawah 10 Tahun, The Gifted Six, Track and Dance Sarawak, Six
Stars, SJK C Chung Hua No. 6.
Program sekolah AGG Sarawak terus memupuk bakat muda melalui pertandingan terstruktur, bengkel, dan peluang penggredan.
Pelajar turut mendapat manfaat daripada pengalaman pertandingan dan pensijilan melalui program NAD.
Penambahbaikan teknik dan seni melalui bengkel, pembangunan kerjasama, disiplin, dan koordinasi.
Selain itu, berpeluang mewakili sekolah dan meningkatkan keyakinan diri.
Bandaraya Kuching menjadi mercu tanda penting, membolehkan pelajar
mempraktikkan kemahiran mereka di pentas yang lebih besar dan memperoleh pengalaman berharga untuk pertandingan akan datang.
Memperkukuh standard teknikal di Sarawak dengan hakim dan jurulatih bersijil antarabangsa kini berkhidmat di Sarawak untuk membina asas yang kukuh untuk AGG.
Perkembangan ini mencerminkan tekad
Sarawak untuk memajukan sukan ini dengan kualiti, kredibiliti, dan pembangunan jangka panjang bagi anak-anak Sarawak.
Kerjasama MAGGA dan SAGGA menerusi penganjuran kejohanan terbabit mencerminkan kerjasama berterusan antara Persatuan Gimnastik
Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA) dan SAGGA.
Kedua-dua badan induk berkenaan komited untuk memajukan AGG di seluruh negara melalui program yang selaras, pembangunan jurulatih, standard penghakiman, dan pertumbuhan akar umbi.
Kerjasama ini terus mewujudkan laluan bermakna bagi atlet gimnastik muda dan mempromosikan perkembangan sukan secara lestari di seluruh Malaysia.
Ditubuhkan pada 2019, Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Sarawak (SAGGA) berdedikasi untuk memajukan AGG di seluruh negeri melalui program inklusif, pembangunan akar umbi, dan latihan bersijil.
Program Sekolah AGG adalah salah satu inisiatif utama SAGGA, memastikan setiap Anak Sarawak mempunyai akses kepada
sukan seni dan pembangunan nilai.


