ARTIKEL

Saham UMW dinyah senarai 19 Feb susulan pengambilalihan Sime Darby

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keseluruhan modal saham terbitan UMW Holdings Bhd akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 19 Feb, 2024.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu berkata langkah penyahsenaraian menandakan selesainya pengambilalihan oleh Sime Darby Bhd, berdasarkan di bawah perenggan 16.07(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

Saham-saham UMW telah digantung oleh Bursa Securities pada 9 Feb, 2024, berikutan tamatnya tempoh lima hari di pasaran selepas tarikh tutup lanjutan tawaran pengambilalihan oleh Sime Darby.

Sime Darby sebelum ini melanjutkan tarikh tutup tawaran RM5 sesaham untuk mengambil alih UMW kepada 31 Jan, 2024, iaitu kira-kira lewat dua minggu dari tarikh akhir asal pada 17 Jan, 2024.

Sehingga 31 Jan, 2024, Sime Darby menguasai 98.86 peratus saham UMW, menurut kenyataan CIMB Investment Bank Bhd yang mewakili Sime Darby.

Pada tarikh yang sama, UMW memohon kepada Bursa Securities untuk menarik balik status penyenaraiannya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU