ARTIKEL

Shaukat Khan (kanan) bercakap pada sidang media sempena Kejohanan Jemputan Skuasy Kuching 2026. |Foto Ghazali Bujang

SAK Anjur Kuching Squash Invitational 2026, Perkasa Pembangunan Skuasy Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Skuasy Bahagian Kuching (SAK) akan menganjurkan Kuching Squash Invitational 2026 sebagai platform mencungkil bakat baharu serta memperkasa pembangunan sukan skuasy di Sarawak.

Presiden SAK, Shaukat Khan Ishtiaq Khan berkata, kejohanan yang berlangsung dari 4 hingga 6 September di Gelanggang Skuasy Kelab Sarawak itu dijangka menghimpunkan 70 hingga 100 pemain dari seluruh Sarawak.

Shaukat Khan (empat kanan) bersama-sama pengarah kejohanan Ishak Buji (tiga kiri) dan ahli jawatankuasa SAK merakam foto sempena Kejohanan Jemputan Skuasy Kuching 2026. |Foto Ghazali Bujang

“Kami percaya kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi platform untuk mencungkil bakat muda, mengeratkan hubungan dalam komuniti sukan serta menggalakkan lebih ramai penyertaan dalam sukan skuasy,”katanya pada sidang media sempena Kejohanan Jemputan Skuasy Kuching 2026 di Kelab Sarawak, di sini hari ini.

Beliau berkata, SAK berharap penganjuran kejohanan tersebut mampu melahirkan lebih ramai pemain bertaraf dunia yang dapat mengikut jejak pemain legenda skuasy negara, Datuk Nicol David serta menjadi pengganti pemain profesional Sarawak, Azlan Iskandar yang pernah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Tambahnya, kejohanan itu mempertandingkan 10 kategori iaitu premier lelaki dan perempuan, lelaki dan perempuan bawah 9, bawah 11, bawah 13 serta bawah 15 tahun.

“Pemenang bagi kategori premier lelaki dan wanita akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500 bagi johan dan RM300 bagi naib johan.

“Pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 13 dan 15 tahun akan membawa pulang wang tunai RM200, manakala pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 9 dan 11 tahun akan membawa pulang wang tunai RM 150.

“Setiap peserta akan menerima baju rasmi dan cenderamata penyertaan,” jelasnya.

Menurut beliau, SAK menghantar jemputan kepada sekolah, kelab skuasy, ibu bapa dan pemain untuk mengambil peluang menyertai dan memeriahkan suasana kejohanan tersebut demi memperkasakan pembangunan skuasy di Sarawak.

Penyertaan bagi Kuching Squash Invitational 2026 kini dibuka dengan yuran RM80 seorang dan tarikh tutup pendaftaran ditetapkan pada 15 Ogos ini.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha