ARTIKEL

Barisan pemain Padi FC bersemangat menjalani latihan.

Saksikan perlawanan Padi FC menentang Al-Quthuz petang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kelab yang semakin digeruni, Padi FC, bersiap sedia untuk mengharungi gelora sebenar yang bakal diberikan oleh Al Qhutuz dalam aksi persahabatan yang akan berlangsung di Stadium Tun Zaidi, Sibu, pada petang esok (3.30 petang Ahad).

Presiden Kelab Bola Sepak Padi FC, Aslan Asmara, menegaskan bahawa tekanan bakal dirasai barisan pemain daripada pasukan lawan, yang juga merupakan kelab handalan dari Sarikei, pada petang esok meskipun perlawanan tersebut berstatus persahabatan.

“Kita sudah bersedia untuk mengharungi gelora sebenar daripada pasukan lawan (Al Quthuz) petang esok.

“Pemain sudah menjalani latihan sejak seminggu lepas untuk persiapan menghadapi perlawanan tersebut,” ujar Aslam kepada Arena Suara Sarawak

Menurut Aslam, perlawanan petang esok menarik kerana kedua-dua kelab berkenaan dibarisi beberapa pemain yang pernah menyarung jersi skuad Sarawak United FC (SU FC) dan Kuching City FC (KC FC).

“Kita (Padi FC) turut menyenaraikan pemain seperti Ramesh Laiban Huat, Paul Sambang, Norman, Affyshahrul dan Zulikhsan, selain bekas penyerang skuad kebangsaan, Joseph Kalang Tie.

“Sambil itu, Al Quthuz juga akan turut menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman luas, iaitu Hairol Mokhtar, Shahrol Saperi, Sufizal Ismail, Nor Azizi Ramlee selain Raziman dan Khairul Anuar,” tambah Aslam.

Peminat menjangkakan aksi menarik bakal disajikan oleh barisan pemain kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan itu kelak.

Peminat bola sepak tempatan, khususnya mereka yang tinggal sekitar bandar Sibu dan kawasan berdekatan, diseru untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Tun Zaidi, Sibu, pada petang esok.

Aslan memberitahu, tiada bayaran dikenakan kepada orang ramai yang hadir ke Stadium Tun Zaidi, atau dengan kata lain, kemasukan adalah percuma.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha