ARTIKEL

dadah: Tertuduh (kiri) bersama-sama tertuduh lain dibawa keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 1.

Salah Guna Dadah Secara Berulang, Lelaki Dipenjara 5 Tahun, Satu Sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun satu bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu secara berulang.

Tertuduh berusia 28 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau pada 11 Julai 2017 dan 25 September 2019 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis methamphetamine dan amphetamine ketika ditangkap dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Bau, sekitar 7.15 petang, 4 Oktober 2025.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Manakala, Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, semasa kejadian pihak polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang lalu membawanya ke balai polis untuk siasatan.

Hasil ujian pertama saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU