ARTIKEL

Majang ketika berucap pada majlis pelancaran Projek Samalaju SME Cluster yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Bintulu, pada Isnin.

Samalaju pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pelancaran Projek Samalaju SME Cluster dilihat sebagai langkah strategik Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan agar mampu menyertai rantaian bekalan industri di Samalaju, sekali gus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri secara lebih inklusif.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Datuk Majang Renggi berkata, projek berkenaan menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk meningkatkan kapasiti perniagaan, memperluaskan rangkaian serta merebut peluang ekonomi hasil pembangunan pesat kawasan perindustrian tersebut.

Majang menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis tersebut.

Menurutnya, Samalaju kini muncul sebagai antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sarawak melalui kemasukan pelaburan domestik dan asing yang membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat.

“Selama ini kita menyaksikan kejayaan Samalaju menarik pelbagai syarikat multinasional bertaraf dunia. Namun kejayaan itu akan menjadi lebih bermakna sekiranya lebih ramai usahawan tempatan dapat turut sama menikmati peluang yang diwujudkan.

“Saya berharap Samalaju SME Cluster menjadi platform kepada PMKS tempatan untuk berkembang dan menjadi pembekal kepada industri utama di Samalaju, sama ada dalam bidang pembekalan bahan mentah, logistik, pergudangan, pembungkusan, penyelenggaraan, kejuruteraan mahupun perkhidmatan sokongan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Projek Samalaju SME Cluster yang disempurnakan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, di sini, pada Isnin.

Majang berkata, pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pembangunan Samalaju bukan hanya tertumpu kepada pelaburan berskala besar, malah turut memberi manfaat kepada PMKS yang menjadi tulang belakang ekonomi negeri dan negara.

Menurutnya, pembangunan Samalaju SME Cluster diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan lebih banyak perusahaan tempatan yang berdaya saing serta berupaya memenuhi keperluan industri utama di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggesa golongan belia di Samalaju, Bintulu dan kawasan sekitarnya supaya merebut peluang dalam bidang keusahawanan serta menjadi sebahagian daripada ekosistem industri yang sedang berkembang pesat.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur. Kini terpulang kepada kita untuk memanfaatkan peluang yang disediakan bagi melahirkan lebih ramai usahawan tempatan yang berjaya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana, pelabur, syarikat multinasional dan komuniti PMKS akan terus memperkukuh kedudukan Samalaju sebagai hab perindustrian yang bukan sahaja cemerlang dari segi pelaburan, malah menjadi pusat melahirkan usahawan tempatan yang berdaya saing.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak, khususnya MINTRED, atas usaha berterusan membangunkan kemudahan dan infrastruktur yang menyokong pertumbuhan industri serta aktiviti ekonomi di Samalaju.

Majang berharap Projek Samalaju SME Cluster akan menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan ekonomi Samalaju dan Sarawak secara keseluruhan, di samping memperkukuh peranan PMKS sebagai rakan strategik kepada sektor perindustrian negeri.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU