ARTIKEL

Samarahan Academy muncul juara kategori Bawah 10 Tahun PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) 2026.

Samarahan Academy Unggul Di PYFCT 2026, Muncul Juara Kategori Bawah 10 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Samarahan Academy muncul juara kategori Bawah 10 Tahun PETRONAS Youth Football Closed Tournament (PYFCT) 2026 selepas menewaskan Basic Soccer Development menerusi penentuan sepakan penalti 2-1 pada aksi final di Padang Bola Sepak KDFA, di sini, semalam.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 20 minit masa permainan sebelum Samarahan Academy lebih tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk menjulang kejuaraan, sekali gus menewaskan 15 pasukan dari Bahagian Kuching dan Samarahan.

Kemenangan itu membolehkan Samarahan Academy membawa pulang wang tunai RM500 berserta trofi dan pingat, manakala Basic Soccer Development menerima RM300 selaku pemenang tempat kedua.

Sementara itu, Axis Kids Academy pula menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Pusat Pembangunan SSC 1-0 untuk membawa pulang RM200 berserta trofi dan pingat.

Penyelaras Kejohanan PYFCT 2026, Zulhilmi Yusuf berkata, kejohanan itu terus menjadi platform penting dalam pembangunan bola sepak akar umbi di Sarawak.

“Secara keseluruhannya, PYFCT tahun ini melibatkan lebih 2,000 penyertaan dari seluruh Sarawak.

“Kejohanan ini bukan sekadar mencari juara, malah memberi peluang kepada pemain muda mengembangkan bakat, membina keyakinan serta menghayati nilai disiplin, kerja berpasukan dan semangat kesukanan,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Tambahnya, pertandingan menggunakan format liga kumpulan sebelum lapan pasukan terbaik mara ke peringkat suku akhir, diikuti separuh akhir dan perlawanan akhir.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat