ARTIKEL

Sambutan Hari Keputeraan YDPA diadakan di Kapit pada 5 dan 6 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

John ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil 1/22 sambutan perayaan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong

KUCHING: Dua program utama bakal diadakan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-XVI Peringkat Negeri Sarawak 2022.

Menteri di Pejabat Premier Sarawak Datuk John Sikie berkata, program yang diadakan di Bahagian Kapit itu bakal berlangsung pada 5 dan 6 Jun 2022.

“Istimewanya pada sambutan kali ini, masyarakat akan dihiburkan dengan sebuah persembahan menarik iaitu Konsert Simfoni, diiringi orkestra yang akan menampilkan penyanyi-penyanyi tempatan Sarawak pada malam sambutan.

“Manakala, sambutan rasmi pada pagi 6 Jun akan mengadakan sebuah Majlis Jamuan Teh bertempat di Kapit Town Square,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berhubung sambutan perayaan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong di bilik mesyuarat tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

“Justeru, saya ingin menyeru orang ramai untuk bersama-sama meraikan sambutan yang diadakan bertempat di Kapit Town Square, Kapit.

“Walaupun kita sudah memasuki fasa endemik, orang ramai diseru untuk menjaga kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira