KUALA LUMPUR: Penghayatan nilai hijrah dan pengukuhan ummah menjadi teras sambutan Maal Hijrah 1448H/2026 yang berlangsung di peringkat kebangsaan dan negeri hari ini.
Menurut Bernama, sambutan bertemakan MADANI Dihayati, Ummah Diberkati diisi dengan pelbagai program kerohanian, termasuk bacaan al-Quran, ceramah dan penyampaian anugerah tokoh.
Di peringkat kebangsaan di Putrajaya, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan kepada Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa kepada Dr Ahmad Al-Raysuni.
Sambutan di Sabah, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang turut menekankan kepentingan perubahan, perpaduan, pengukuhan akidah serta kepimpinan berintegriti dalam membina masyarakat yang sejahtera.

