ARTIKEL

3D illustration closeup flag of Malaysia. Waving on the wind flag textile background

Sanggar Puisi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Airul Affendi Ali

September 2023

Puchong, Selangor.

PANTUN RAKYAT NEGERI (II)

Ombak diredah sehingga petang,

Memasang rawai menangkap

tenggiri;

Negeri Kedah luas terbentang,

Padi dituai sumber negeri.

Pohon rambutan di tepi paya,

Dahan dikerat sehingga hancur;

Rakyat Kelantan cintai budaya,

Dikir Barat sangatlah masyur.

Sungai tohor arus tak laju,

Memasang pukat dibawah

jambatan;

Negeri Johor bertambah maju

Perihal rakyat di hati sultan.

Pasir Putih di tepi pangkalan,

Tempat berniaga penduduk tanjung;

Adat perpatih Negeri Sembilan,

Adab dijaga agama disanjung.

Pelbagai menu dimasak sudah,

Tertinggal petai di dalam raga;

Negeri Terengganu bumi terindah,

Pulau dan pantai terus dijaga.

Hajar’ul Aswad

Kinrara Puchong

SELAMAT HARI MALAYSIA

Dari Perlis hingga ke Sabah

membiru laut

bukan pemisah

terjalin jalur putih merah

garis berbelang

14 negeri terbilang.

Pepenjuru runcing tajam

warna kuning empat belas

membentuk kerdip bintang hati

bertentang mata si bulan sabit

tinggi menggamit.

Begitu

dua gugusan

tanah Semenanjung

dan terbentang tanah gagasan

Sabah dan Sarawak

membentuk Persekutuan

sebuah negara makmur

pada satu tanggal sejarah

16 September 1963 60 tahun sudah usianya.

Justi Amban

November 2022

Saratok

TANGGUNG DAN JAWAB

Apaka yang kautanggung

mengurus negara

mengatur manusia

memikir hasil

jawablah nanti

pada sidang pertanyaan.

Bicaramu berdegar-degar

atau perlahan seperti santun

atau terpekik terlolong seperti

sesuatu

atau diam membisu,

seperti pemikir jawablah nanti

kerana engkau telah menanggung.

Tanggung dan jawab

bukan seperti kaunter

“lost and found”

bukan semudah itu

kerana jawapan wajib betul

dalam benar

bukan berbelit berputar-putar

Tanggung ialah amanah

Jawab adalah rumah keputusan.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.