ARTIKEL

SANGGAR PUISI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Mohd Salleh Osman

Presint 16, Putrajaya.

GILA

Semakin ramai umat manusia

selesa berwatak gila

melompat sana sini demi sejemput kuasa

mereka lebarkan sayap dosa

hidup didera haloba.

Kami ini

ada yang miskin mengejut

ketika mereka kaya tiba-tiba

jerit kami hanya mengguruh

melingkari sekitar gelap

dentum tak ke mana

terpantul di dinding kenyataan

sedang mereka rancak

meneruskan pacuan.

Jangan kautinggalkan kami

setelah kaugadai maruah kami.

Arjuna Hiqmah Lubis

Kuching.

Mudahnya Aku Terkayuh

Perlukah aku memberi tahu

bahawa aku sudah tiba

sedangkan kau tidak lagi menanti.

Kuteringat akan kata yang penuh erti

yang pernah terucap meski seakan bercanda

tapi bagiku, candamu lebih dari serius

untuk dijadikan petunjuk ke mana aku harus pergi.

Pabila memang benar kaupunya hati

tentu kau takkan pergi dan setia sampai mati 

kini terasa lain dari biasanya

kau seakan punya dua hati yang saling berganti.

Dulu kau seperti pelukis yang selalu mewarnai hariku

kau buat aku tersenyum dan tertawa 

hanya dengan goresan penamu

begitu gampang aku terkayuh

meski tanjakan berbatu tak terasa lagi bagiku.

Hai malam yang mencari pelita

jadikan aku temanmu

sesungguhnya aku

salah seorang yang ikut mencari 

dalam gelapnya malam.

Erik Kehi Maumere 

12 Februari 2021.

SERPIHAN DUKA

Selepas gerimis di Khamis yang manis

engkau berlabuh pada hati yang baru

rupa yang manis bersanding manja

pada raga yang tak semestinya di sampingmu.

Inikah yang dinamakan duka

harus memilih melepas dari pada memiliki

aku pernah bermimpi memilikimu

namun pasrah dan perih milikku saat ini.

Di atas harap yang panjang

untukmu tinggal bayang yang lalu sehabis gerimis

kita adalah aku dan kamu yang tinggal serpihan kenang

asaku tinggal merapal ajal pada luka yang dalam.

LAIN-LAIN BERITA

Sanggar puisi

Jong Chian LaiTaman PrimaKuching30/7/2023. KUPIJAK KAKI KIRI SENDIRI Semenjak kejadian magis itu kita tetap dua bukannya satu. Kita tidak pernah menyonsong langkah menapak ke hadapan

Berdamai dengan takdir

SITI MUISAH ALI HARI ‘tu macam tidak sedap badan, Zira mengajak suaminya berjumpa doktor selepas suaminya pulang dari kerja. “Doktor hari ‘ni tak rasa bayi

Sekadar Sajak Iringan

Kelabu langit pagi, membawa khabar bendera separuh dikibar, untuk mengiringi perginya seorang nakhoda moden usai mengemudi  jati asli negeriku, melangkah menuju era modenisasi bina cita-cita

nukilan MUSTAFFA SIRAJ

MUSTAFFA SIRAJ ialah penulis kelahiran Johor ini menulis sejak tahun 1983. Karyanya tersiar di akhbar Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Sinar Harian dan pelbagai majalah Dewan

MENERUSI video tular di

JAPRI BUJANG MASLI ialahKetua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak. Berkelulusan Sarjana Muda Sains (Genetik), UKM dan Diploma Lepasan Ijazah Sains Perpustakaan (UiTM), beliau juga merupakan

Angpau merah

EIZA NASHWASegamat, JohorDarul Takzim DAUN-DAUN kering menari-nari ditiup angin. Zhi Yang hanya memerhati dari jendela. Raut wajah wanita separuh usia itu kelihatan resah. Dia seperti

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais