
Junjong
08/08/24
AIR MATA
Bukan kerana kalah
ataupun lemah
Tidak pula menderita
mahupun kecewa
Jauh sekali putus asa
apalagi makan hati
Luruhnya ke pipisekali atau berulangkali
Sekadar membasuh
kalbu lusuh
Menyuci jiwa
yang terluka
Dari terus bernanah
parah dan musnah

ISMAIL HASHIM
27.08.2024
Warisan Puteri, N.SEMBILAN
GALERI
Berada dalam galeri ini
kau boleh menyaksikan
pelbagai jenis pamiran
yang dikutip daripada
pelbagai spesies kehidupan
galeri inilah kau jadikan
teladan yang dikutip
jatuh dan bangun
sambil mengenggam usia
sebuah perjalanan
galeri ini akan sendiri terpadam
mematuhi hayat alam
seperti berada dalam cahaya
yang terang
perlahan-lahan bertukar kelam!

ALYSSA EZZURA
28 Ogos 2024
Bandar Baru Sungai Buloh,
Selangor
LUKA SEBATANG PENA
Ia tidak bisa memilih
bentuk dan warna
ketika lahir
di balik jeriji kaca
dipamer dan diuji
setelah bermusim perjalanan
tubuh rampingnya
gigih menari diapit jemari
setelah pekat darahnya
menumpahkan katakata
di lantai amanat
serinya tiada memuji
tulus lelahnya rebah
di meja tuan
hingga kering darah atau
luka seluruh badan.



