
Hafi zan Jamal
PPJ, Petaling Jaya.
MAKNA KASIH AYAH
Darjat ayah mulia
tinggi darjat tamsil pohon nyiur
melayah angin rezeki
lirikan teguran amaran
berkorban nyawa tenaga.
Semat di hamparan hati
keringat ayah dihargai
kasih sayang bercambah
tiada putus.
Tabur jasa tanpa balasan
hormat sebakul kasih sayang
beri pesanan sakti
selusuri jejak kasih.

Amersarawak
Sadong Jaya,
Sarawak.
AKSARA CINTA
Tatkala senja bertamu sejenak
mengemis simpati
hujan panas sekali lagi mengundang pelangi
belum sempat kutitipkan warkah puisi
kau malah menghilang sekali lagi.
Hari berganti hari
senyum tawaku tak lagi seindah mentari
yang tinggal hanyalah hujan
yang membasahi bumi.
Sedang aku
hanya bisa tersenyum
bersama awan pagi
sekadar mengintai kebahagianmu
meskipun di balik kaca
kerana aku tahu
cinta tidak harus memiliki
sebatas rasa pun sudah mencukupi.
Pada rasa kupuitiskan aksara
di pasiran pantai
sengaja menunggu ombak
menghapus semula
demikinlah caraku
kupersembahkan rasa cinta
yang tak mungkin lagi bersama.

Alina Sukesi
Madiun, Jawa
Timur
2022.
DI ATAS LEMBARAN KAIN TAKDIR
Yang kusulam ialah bekal tekadku
semoga teguh sentiasa menghamba kepada-Mu
yang kujahit ialah lubang hatiku
dengan benang kasih sayang
agar mewujud darma cinta tak berkesudahan.
Meski kuterima segala
sakit yang menghimpit
beribu nyeri menyeksa diri
dari jarum-jarum kehidupan
namun aku berharap
semesta mengaminkan
namaku tersulam
sebagai insan yang bahagia
di atas lembaran kain takdir.



