ARTIKEL

SAR lelaki warga emas dikhuatiri lemas ditangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kelaoh di sini, pagi tadi ditangguhkan pada 6 petang.

Komander Operasi PBK KUP II Khaizul Buang berkata, operasi SAR Jokepli Hamidi, 60, disambung semula pagi esok.

“Setakat petang tadi, usaha mencari mangsa masih menemui jalan buntu dan akibat faktor keadaan cuaca mulai gelap, operasi terpaksa ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Khaizul berkata, semasa operasi SAR hari pertama, pasukan SAR dengan bot penyelamat menggunakan teknik pencarian di permukaan di sekitar kawasan lokasi mangsa jatuh.

Operasi hari ini katanya, turut menggunakan teknik ‘flushing’ di lokasi bot mangsa dijumpai.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar 8.20 pagi sebelum menggerakkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU