ARTIKEL

SAR warga emas hilang di Limbang, dihentikan.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga emas wanita yang dikhuatiri hilang di Rumah Babai anak Manchu, Kampung Bukit Brayong, Jalan Kubong, di sini, dihentikan sehingga terdapat petunjuk baharu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata pencarian Serantom Kuyan, 84, dihentikan pada jam 12 tengah hari tadi.

“SAR yang memasuki hari ketujuh, hari ini menggunakan kenderaan polis melibatkan pencarian di sepanjang jalan utama (Jalan Kubong) dengan radius dua kilometer (km).” katanya hari ini.

Terdahulu, pada 26 Jun lalu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang menerima panggilan kecemasan melaporkan mengenai orang hilang.

Menurut laporan awal, mangsa dikatakan keluar rumah pada pagi 25 Jun lalu dan sehingga kini masih belum pulang ke rumah.

Ahli keluarga yang bimbang dengan keselamatan dan kesihatan mangsa telah melaporkan kehilangannya kepada pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Operasi mencari dan menyelamat warga emas, Serantom Kuyan yang dikhuatiri hilang dihentikan, pada jam 12 tengah hari tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU