ARTIKEL

PERLU PENDEDAHAN... Rubiah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 di Plaza Merdeka, di sini, hari ini.

Sarawak ada ramai bakat, produk berkualiti tetapi kurang pendedahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak memiliki ramai individu berbakat yang menghasilkan pelbagai produk berkualiti, namun masih memerlukan lebih banyak pendedahan dan platform bagi mengetengahkan hasil mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, program seperti BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 memberi peluang kepada usahawan dan penggiat kreatif tempatan untuk memasarkan serta memperkenalkan produk mereka kepada khalayak yang lebih luas.

SERAH… Rubiah menyampaikan replika cek kepada penerima sempena program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 di Plaza Merdeka, hari ini.

Rubiah memuji keunikan Borneo dari aspek reka bentuk dan kreativiti, termasuk dalam bidang fesyen. Beliau berkongsi kejayaan bekas peserta program kemahiran MARA yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan kemahiran dunia sebelum dilantik sebagai tenaga pengajar serta pereka fesyen di Sarawak.

Beliau menjelaskan, kursus berkaitan fabrik dan reka bentuk turut diberi nafas baharu dengan menggabungkan kreativiti sedia ada bersama teknologi moden, termasuk kecerdasan buatan (AI).

JOM SINGGAH… Rubiah bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan sempena program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026.

Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, BIZNETWORK Fiesta Sarawak turut membantu usahawan dari aspek pemasaran digital dan penggunaan perisian, selain memperkenalkan produk baharu kepada pasaran. Sebanyak enam produk baharu dilancarkan pada program itu, termasuk produk makanan yang menampilkan perisa, rasa dan pembungkusan baharu.

Program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026 menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 juta sepanjang tiga hari penganjurannya. Jualan pada hari pertama program berkenaan mencecah RM228,190, selain beberapa produk yang dipamerkan mendapat sambutan menggalakkan.

BANTU JUALAN… Rubiah sempat merasai pengalaman jualan secara langsung dalam talian di ruangan khas yang disediakan pada program BIZNETWORK Fiesta Sarawak 2026.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU