Sarawak akan tandatangani penyelesian komersial isu minyak dan gas dengan Petronas

KUCHING: Sejarah bakal tercipta buat Sarawak apabila perjanjian komersial antara Kerajaan Negeri dan Petronas termeterai pada 7 Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perunding Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nasar berkata, penyelesaian Komersial akan ditandatangani pada 7 Disember depan apabila Kerajaan Sarawak diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion manakala Petronas diwakili oleh Pengerusinya Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

“Perincian mengenai penyelesaian Komersial akan dikeluarkan selepas perjanjian ditandatangani secara rasmi.

“Upacara bersejarah itu akan diadakan di Kuala Lumpur yang bakal disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.