ARTIKEL

Datuk Sri Fatimah bersama-sama agensi terlibat menunjukan kotak Sumbangsih Raya 2024.

Sarawak bakal agih 12,000 kotak kuih raya kepada 11 agensi penguatkuasaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program tradisi kerajaan Sarawak, sumbangsih raya yang memasuki tahun ke-34 pelaksanaan diteruskan tahun ini dengan sejumlah 12,000 kotak kuih bakal diagihkan kepada 11 pasukan keselamatan dan penguatkuasaan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, program tahunan itu merupakan simbolik penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ketika program pengagihan sumbangan itu dimulakan pada 1990, hanya dua agensi menerima sumbangan itu iaitu Angkatan Tentera Malaysias (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selepas itu ia terus diperluaskan.

“Ini merupakan tanda ingatan dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan dan bakti mereka dalam menjaga keselamatan negeri terutama ketika orang ramai bercuti, namun mereka ini perlu bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Berita lanjut dalam e-paper STSS : https://stssapp.com/

BERITA LAIN

BERITA TERBARU