ARTIKEL

Facebook Malaysian Meteorological Department

Sarawak bakal laksana operasi pembenihan awan di tiga empangan utama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 4 bakal dilaksanakan di Sarawak pada 11 dan 12 Mei ini sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan taburan hujan di kawasan tadahan empangan utama negeri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) berkata, operasi tersebut memberi tumpuan kepada kawasan tadahan Empangan Bakun, Batang Ai dan Murum yang merupakan sumber penting bekalan air dan penjanaan tenaga hidroelektrik di negeri ini.

“OPA bakal dilaksanakan berdasarkan analisis meteorologi yang teliti oleh MET Malaysia dengan mengambil kira faktor kelembapan udara, kestabilan atmosfera serta corak pergerakan angin bagi memastikan keberkesanan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, kawasan sasaran dipilih berdasarkan kehadiran awan yang berpotensi bagi proses pembenihan.
“Pelaksanaan ini melibatkan kerjasama strategik pelbagai agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), MET Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Turut terlibat ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak serta Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi,” ujarnya.

Sementara itu, orang awam dinasihati supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini daripada MET Malaysia bagi mendapatkan maklumat cuaca semasa menerusi laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi (Facebook, Instagram, X, YouTube dan Telegram) atau menghubungi talian hotline 1-800-22-1638.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,