ARTIKEL

Foto UKAS

Sarawak berada di depan transformasi digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Sri Julaihi Narawi kerajaan Sarawak amat menekankan ketersambungan yang lancar untuk industri perniagaan.
Kini Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempraktik ekonomi digital di rantau ini.

Daripada bandar pintar kepada pertanian digital merupakan pendekatan pemikiran ke hadapan yang memberikan peluang kepada pelabur celik teknologi untuk memanfaatkan ekonomi digital.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media pada Rabu semasa Majlis Jamuan Tengah Hari sempena ‘Mobile World Congress’ (MWC) 2024 di Sepanyol.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU