ARTIKEL

Abang Johari berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SUPP di Sibu hari ini.

Sarawak berjaya ambil alih entiti besar kerana kerjasama erat, kepercayaan antara parti komponen GPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kejayaan Sarawak mengambil alih beberapa entiti besar, seperti MasWings dan Affin Bank serta peranan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) sebagai agregator gas, dicapai hasil daripada kerjasama erat dan kepercayaan antara parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Premier Sarawak merangkap Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) Sarawak, perlu terus mengekalkan kepercayaan antara satu sama lain serta perlu sentiasa bergerak sebagai satu pasukan.

Katanya, ia penting untuk meneruskan kesinambungan kemajuan wilayah ini, sekali gus menjadi kekuatan untuk Sarawak terus bergerak ke hadapan.

“Dalam usaha ini juga, seluruh ekosistem akan ikut serta, dan kita kini mempunyai kawalan tertentu. Kenapa? Kerana GPS parti yang kukuh.

“Sebab kita bersatu dan kita bekerjasama, kita tidak tamak. Minyak dan gas kita kongsi sebab keperluan negara dan negeri, jadi kita kerjasama,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sebuah hotel di sini hari ini.

Disebabkan itu, tambah Abang Johari, beliau melihat kepercayaan antara parti-parti komponen dalam GPS sebagai sangat penting.

“Apa yang penting, pemerintahan kita kuat, kita ikut serta dan kita membawa perubahan. Kita mahu ubah hidup dan keadaan kita,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, memberitahu bahawa tahun ini adalah Tahun Ular.

Menurutnya, ular melambangkan transformasi dan pembaharuan.

“Kalau dilihat dari konteks Sarawak, kini kita melalui transformasi untuk menjadi lebih kuat dan bangkit dengan daya saing yang lebih tinggi, seperti ular yang menggantikan kulitnya, dan ini tidak lain tidak bukan adalah hasil pimpinan Abang Johari.

“Kita juga dapat melihat, pemimpin GPS bersama-sama dengan Abang Johari gigih berjuang demi hak Sarawak, dan berusaha untuk meningkatkan sektor ekonomi, khususnya dalam sektor tenaga hijau dan digital,” jelasnya.

Beliau memaklumkan bahawa banyak dasar telah dilaksanakan dalam bidang pendidikan untuk memperkasakan anak Sarawak supaya mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi menceburi bidang tersebut.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan GPS membuka langkah membina masa hadapan generasi muda, dan begitu penting sekali bagi saya dan pemuda-pemuda SUPP untuk bergerak seiring dengan barisan pemimpin parti dan Presiden SUPP, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

“Ia penting untuk memperkukuhkan kestabilan politik Sarawak supaya kita sama-sama melangkah ke hadapan demi mencapai visi pembangunan menjelang 2030 yang diterajui oleh Premier kita,” ujarnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road