ARTIKEL

Thomas Koller ketika bercakap dalam sidang media.

Sarawak berpotensi jadi bateri ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tahap tenaga boleh diperbaharui yang tinggi meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang sangat kukuh, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk muncul sebagai “bateri ASEAN” dalam menyokong potensi tenaga bersih serantau.

Ketua Serantau bagi Hidrogen dan CCUS, AINC Energy Systems Det Norske Veritas (DNV), Dr Thomas Koller, berkata kelebihan tersebut membolehkan Sarawak memainkan peranan penting untuk seluruh rantau ASEAN dalam industri ini.

“Istilah bateri ASEAN merupakan ungkapan yang sangat tepat dalam merumuskan potensi besar Sarawak, khususnya dalam membekalkan tenaga bersih kepada negara jiran.

“Sarawak telah pun memulakan langkah awal dalam membangunkan ekosistem hidrogen, dan dekad akan datang akan memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan skala pengeluaran bagi memenuhi permintaan domestik serta antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas taklimat bersama DNV di Bangunan Baitulmakmur 1, di sini hari ini.

DNV yang berpangkalan di Norway merupakan badan jaminan kualiti global yang memacu transisi tenaga melalui pensijilan, standard teknikal serta pengurusan risiko projek tenaga boleh diperbaharui.

Thomas turut menjelaskan bahawa terdapat beberapa cabaran utama yang perlu ditangani, termasuk jurang kos berbanding bahan api fosil, keperluan pembangunan infrastruktur, pembiayaan serta penyelarasan standard antarabangsa.

“Cabaran ini bukan sahaja dihadapi Sarawak, tetapi juga ekonomi global dalam peralihan kepada tenaga lebih bersih dan memerlukan kerjasama strategik antara kerajaan serta negara.

“Potensi Sarawak turut merangkumi keupayaan untuk mengeksport tenaga elektrik boleh diperbaharui ke negara jiran, sekali gus memperkukuh lagi peranan negeri itu sebagai hab tenaga serantau,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa konflik global, termasuk di Asia Barat, memberi pengajaran penting mengenai keperluan memperkukuh keselamatan tenaga melalui sumber tenaga hijau yang boleh diperbaharui.

“Krisis tenaga global menunjukkan kepentingan mempercepatkan peralihan kepada tenaga bersih.

“Inisiatif seperti yang dilaksanakan Sarawak mampu meningkatkan keselamatan tenaga dalam jangka panjang,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU