Sarawak buru 12 mata untuk kekal dalam Liga Premier

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KETIKA empat pasukan teratas Liga Premier 2019 mengejar gelaran serta memburu takhta, di samping merebut slot Liga Super 2020, skuad Sarawak pula bergelut mencari arah untuk keluar dari ‘lubuk penyingkiran’.

Ini bermakna, dua pasukan terbawah Liga Premier akan diturunkan status, diarah beraksi dalam liga kelas tiga, Liga M3 musim 2020, sesuatu yang amat ditakuti mana-mana pasukan dalam liga utama.

“Kalau sudah jatuh… amat susah untuk naik, malah mungkin memakan masa tiga atau lima tahun, itu pun jika bernasib baik,” tegas pemerhati bola sepak Sarawak yang juga bekas bintang Sarawak era 80-an.

Dari segi sejarah, tidak pernah pasukan Sarawak bermain dalam liga bawahan sejak 20 tahun kebelakangan ini. Jika ia berlaku musim depan, bermakna, terciptanya sejarah buruk.

Mengambil kira kedudukan terkini, Sarawak sebenarnya berada dalam zon bahaya, lantas memerlukan tonik segera untuk bangkit secepat mungkin, sebelum keadaan bertambah parah.

GIGIH… Rangkaian pemain Sarawak giat berlatih di Stadium Negeri sebagai persiapan untuk menentang UKM Rabu depan. Foto ALIEP NONI

Oleh itu, pemangku jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail mengarahkan anak-anak buahnya untuk mengutip sekurang-kurangnya 12 mata daripada baki enam perlawanan.

Ia dilihat sebagai misi yang agak sukar, kerana perlu menang empat kali.

Bagaimanapun, dengan kehadiran import baharu dari negara samba (Brazil), Rodrigo Amorim Oliveira, 28, Sarawak kelihatan berpotensi.

Menurut Denny, pemain “attacking midfileder” itu mampu memberi ‘kuasa tambah’ terhadap gerakan dan serangan.
“Rodrigo menambahkan variasi dalam corak permainan kami. Dia kini cuma perlu mencari keserasian dan penyesuaian… dari segi kecergasan, tiada masalah,” katanya.

Sepanjang sesi latihan yang telah pun bermula sejak 7 Jun lalu, Denny memberi fokus terhadap serangan yang dianggapnya sebagai kelemahan utama.

“Dalam beberapa perlawanan yang telah kita harungi, banyak peluang terlepas begitu sahaja. Oleh itu kita beri tumpuan untuk menyempurnakan peluang yang terhidang,” jelasnya. Sarawak akan menentang UKM di Kuching Rabu depan (19 Jun).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berkaitan

Nilai satu undi

“ SIAPA yang akan menang” bukan lagi persoalan yang perlu

Lain-lain

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei