ARTIKEL

Pendaratan pesawat demo COMAC membawa 60 penumpang dari Lapangan Terbang Subang mendarat di Balai Ketibaan VIP, LTAK hari ini.

Sarawak cadang beli pesawat dari China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak sedang mengkaji dan menilai untuk membeli pesawat Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC) apabila mengoperasikan MASwings kelak.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata ia memandangkan pesawat berkenaan khususnya model ARJ21700 sangat sesuai untuk menghubungkan seluruh Sarawak termasuklah ke Sabah, Kuala Lumpur serta Nusantara dan Pontianak, Indonesia kerana boleh terbang sejauh 2,000 kilometer.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin bergambar bersama juruterbang pesawat COMAC ARJ21700 ketika meninjau di dalam pesawat berkenaan.

“Apabila kita mengambil alih MASwings, ini mungkin salah satu pesawat yang akan kami lihat tetapi pasukan teknikal kami akan melakukan kajian dan penilaian terlebih dahulu, selepas itu barulah kami membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut pendaratan pesawat demo COMAC Model ARJ21700 di Balai Ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini.

Hadir sama Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching Xing Wei Ping, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Mohamad Abdullah Zaidel, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak Dato Ir. Alice Jawan Empaling dan Naib Presiden COMAC Marketing Liu Yan.

Lee menambah, pesawat berkenaan juga sangat selesa, yang bukan sahaja boleh digunakan untuk kelas ekonomi tetapi juga bagi kelas perniagaan.

“Ada pilihan dan kombinasi, seperti pesawat yang ada kelas perniagaan ia boleh mempunyai kapasiti 78 penumpang manakala tanpa kelas perniagaan boleh mempunyai kapasiti 97 penumpang,” katanya.

Menurutnya, pada masa sekarang pesawat COMAC sudah beroperasi di China hampir 10 tahun sejak 2015.

Selain itu, beliau berkata syarikat penerbangan di Indonesia, TransNusa turut mempunyai dua pesawat berkenaan yang beroperasi menghubungkan Jakarta-Kuala Lumpur, Jakarta-Johor Bahru dan Jakarta-Bali.

“Saya difahamkan, Indonesia akan menambah lebih banyak lagi pesawat COMAC pada tahun ini dan sudah menempah sebanyak 60 pesawat,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan