ARTIKEL

Sarawak cari jalan pujuk kaum Penan Ulu Baram terima vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang mencari jalan untuk memberikan vaksinasi Covid-19 kepada masyarakat Penan di Ulu Baram yang menolak atau keberatan menerima suntikan tersebut.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah berkata, kerajaan negeri akan meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat kawasan berkenaan mencari jalan untuk meyakinkan mereka.

“Kami juga telah menyediakan bekalan vaksin CanSino, iaitu vaksin dos tunggal untuk memudahkan kakitangan perubatan ke kawasan pedalaman,” katanya.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian ketika menghadiri taklimat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengenai program vaksin dos penggalak dan remaja, di sini, hari ini.

Menurutnya, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Raviwharmman Packierisamy memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan Miri telah mencuba enam keterlibatan berbeza untuk membuat mereka bersetuju.

“Walaupun tidak memiliki masalah dengan rawatan atau prosedur kesihatan, mereka tetap terus menolak bahkan menghilangkan diri ke dalam hutan dalam ketika pasukan vaksinasi tiba.

“Situasi ini menjadi salah satu cabaran besar dalam pelancaran program vaksinasi kami,” ujarnya.

Uggah berkata, beliau menyetujui cadangan Dr Raviwharmman untuk pasukan perubatan sukarela yang diketuai oleh doktor dari JKNS termasuk mereka yang telah bersara untuk mengunjungi penempatan berkenaan.

“Pasukan akan pergi ke kawasan pedalaman untuk memberi rawatan perubatan dan pergigian selama beberapa hari sekali gus menjalin hubungan erat dengan penduduk setempat serta mendapatkan kepercayaan mereka, ” ujarnya.

Uggah berkata kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan kewangan tambahan untuk pengangkutan dan logistik untuk membantu masyarakat Penan.

Sementara menurut Dr Raviwharmman, masyarakat Ulu Penan tidak seperti di Daerah Belaga, Kapit.

“Saya diberitahu oleh Residen Kapit Nyurak bahawa mereka yang berada di Belaga lebih mudah menerima.

“Manakala orang-orang Penan di Daerah Ulu Baram berselerak di sekitar enam penempatan yang berbeza,” jelasnya.

Tambahnya, bekas Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Chin Zin Hin berkata lawatan seterusnya oleh kumpulan itu akan bermula pada 1 November nanti.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU