Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak catat 63 kes baharu Covid-19 pada minggu ketujuh epid

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jumlah kes Covid-19 di Sarawak mencatatkan penurunan pada minggu epid ke-7 dengan 63 kes baharu berbanding 72 kes minggu lepas.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, daripada jumlah minggu ke-7 ini, 63 daripadanya merupakan kategori klinikal 1 dan 2 manakala satu lagi kes merupakan kategori klinikal 3, 4 dan 5.

“Bagi pecahan kes pada minggu epid ke-7, daerah Kuching mencatat 38 kes baharu Covid-19, diikuti enam kes masing-masing di daerah Miri dan Sibu.

“Manakala empat kes dicatat di daerah, Bintulu dua kes, dan masing-masing satu kes di Bau, Sri Aman, Selangau, Telang Usan, Tebedu dan Song,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, jumlah kumulatif kes bagi minggu ini menurun kepada 324,530 secara keseluruhan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News