ARTIKEL

Abang Johari (tengah) bersama hadirin yang lain menghadiri Program SKS di Metro City. Foto Mohd Alif Noni

Sarawak Catat Perubahan Ketara Dalam Tempoh 10 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini berada pada landasan pembangunan berbeza berbanding sedekad lalu, dengan kemajuan ketara dalam sektor kesihatan, pendidikan, perumahan dan infrastruktur.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, perubahan itu turut mengubah persepsi pihak luar terhadap negeri ini yang kini semakin mendapat perhatian dan menjadi tumpuan harapan.

Beliau berkata, perbezaan paling ketara dapat dilihat menerusi perkembangan Sarawak sebagai destinasi yang menawarkan kemudahan kehidupan moden, khususnya di Kuching, termasuk kemudahan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

“Sarawak pada 2026 tidak sama lagi dengan Sarawak 10 tahun lalu. Sepuluh tahun yang lalu orang memandang rendah kepada Sarawak.

“Sepuluh tahun dari sekarang orang memandang tinggi dan menaruh harap kepada kita. Dan ini adalah disebabkan oleh Premier dan disebabkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya ketika berucap pada Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Kuching di Metro City yang disempurnakan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg , di sini hari ini.

Menurutnya, perubahan tersebut turut dapat dilihat menerusi peningkatan keupayaan negeri dalam menarik perhatian pihak luar, termasuk pesakit dari Indonesia yang memilih Sarawak untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Sarawak turut memberi tumpuan kepada penyelesaian isu perumahan di Kuching menerusi pelbagai inisiatif bagi membantu golongan muda memiliki kediaman sendiri.

Katanya, antara kemudahan disediakan termasuk bantuan deposit RM10,000 bagi pembelian rumah berharga RM300,000 untuk golongan bawah 30 tahun, selain bantuan sewa rumah RM200 sebulan selama empat tahun di Kuching, Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.
Beliau berkata, kemudahan pembiayaan menerusi Mutiara Mortgage & Credit turut disediakan dengan kadar faedah satu peratus bagi golongan B40 dan tiga peratus bagi M40.

Selain itu, katanya, pembangunan sistem pengangkutan bandar menerusi Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), pengembangan jaringan penerbangan AirBorneo serta perancangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu turut menjadi sebahagian daripada usaha meningkatkan keterhubungan Sarawak.

Menurutnya, AirBorneo dijangka memperluas jaringan penerbangan ke destinasi lain setelah mengendalikan penerbangan ke Singapura dan Jakarta, meningkatkan hubungan Sarawak dengan pasaran antarabangsa.

BERITA LAIN

Sarawak Catat Perubahan Ketara Dalam Tempoh 10 Tahun

KUCHING: Sarawak kini berada pada landasan pembangunan berbeza berbanding sedekad lalu, dengan kemajuan ketara dalam sektor kesihatan, pendidikan, perumahan dan infrastruktur. Timbalan Premier Sarawak Datuk

Bahagian Kuching bakal berwajah baharu

KUCHING: Bahagian Kuching bakal berwajah baharu menerusi pembangunan universiti bernilai lebih RM400 juta di Trombol, peluasan jaringan jalan raya serta pertumbuhan industri berteknologi tinggi yang

BERITA TERBARU

Sarawak Catat Perubahan Ketara Dalam Tempoh 10 Tahun

KUCHING: Sarawak kini berada pada landasan pembangunan berbeza berbanding sedekad lalu, dengan kemajuan ketara dalam sektor kesihatan, pendidikan, perumahan dan infrastruktur. Timbalan Premier Sarawak Datuk

Bahagian Kuching bakal berwajah baharu

KUCHING: Bahagian Kuching bakal berwajah baharu menerusi pembangunan universiti bernilai lebih RM400 juta di Trombol, peluasan jaringan jalan raya serta pertumbuhan industri berteknologi tinggi yang