ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyaksikan pertukaran dokumen antara entiti perniagaan Sarawak dengan China semasa menghadiri Sarawak-China Strategic Investment Roundtable di Alila Hotel, Shanghai, semalam(Khamis).

Sarawak-China Perluas Kerjasama Strategik Dalam Sektor Berimpak Tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHANGHAI: Sarawak terus memperkukuh hubungan ekonomi dan pelaburan dengan China menerusi usaha menarik pelaburan strategik dalam sektor berimpak tinggi termasuk tenaga hijau, penyimpanan bateri, ekonomi kitaran, automasi, robotik, infrastruktur digital dan kecerdasan buatan (AI).

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pendekatan Sarawak kini bukan sekadar mendapatkan pelaburan, sebaliknya membina perkongsian strategik yang mampu membawa masuk teknologi, kepakaran dan peluang pembangunan ekonomi jangka panjang.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi Sarawak pada Sarawak-China Strategic Investment Roundtable yang berlangsung di Alila Hotel, Shanghai, semalam (Khamis) dengan penyertaan pelbagai syarikat dan persatuan industri utama dari China.

Menurut beliau, hubungan ekonomi Sarawak-China berkembang dengan ketara apabila pelabur dari China sudah memberi komitmen pelaburan melebihi RM25 bilion di Sarawak dalam pelbagai sektor termasuk tenaga solar, industri berasaskan kayu, dron dan penyimpanan bateri.

Beliau berkata Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) sedang melaksanakan transformasi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi yang makmur, inklusif dan mampan dari aspek alam sekitar.

Persidangan meja bulat itu turut menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara entiti perniagaan Sarawak dengan China, sekali gus mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur dengan prospek ekonomi Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU