ARTIKEL

Lima dari kiri... Karmilla Kamaruddin (Pengurus Pemasaran untuk Pasaran ASEAN, STB), diikuti kedua dari kiri, Nur Shafiena Sidik (Pengurus Penyelidikan Produk, STB) bersama wakil dari Timberland Hospital dan Normah Medical Center di MHX Jakarta, Terra Atrium, Central Park Mall.

Sarawak destinasi utama pelancongan santai dan kesihatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan santai dan pelancongan perubatan dengan menyertai dua pameran terbesar Indonesia iaitu ASTINDO Travel Fair 2025 dan Malaysia Healthcare Expo (MHX) 2025 baru-baru, ini.

Menurut kenyatan Lembaga Pelancongam Sarawak (STB), acara ini menghimpunkan pemain industri pelancongan bagi mempromosikan destinasi menarik serta pakej percutian yang eksklusif.

Peserta pameran merakamkan gambar kenangan sempena ASTINDO Travel Fair 2025 dan Malaysia Healthcare Expo (MHX) 2025.

“Indonesia merupakan antara tiga pasaran pelancong utama bagi Sarawak.

“Pada 2024, Sarawak telah merekodkan 653,883 ketibaan pelancong dari Indonesia yang meningkat sebanyak 24 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Tahun ini Sarawak menyasarkan seramai 784,700 pelawat dari Indonesia melalui promosi agresif dan peningkatan sambungan penerbangan serta kerjasama strategik .

Antara pihak yang mewakili Sarawak dalam pameran ASTINDO termasuklah KPJ Kuching Specialist Hospital, Borneo Medical Centre Kuching (BMC), Rimba Hartawan (Roxy Hotel) serta Jinhold Hotel & Serviced Apartment.

Berkenaan penyertaan MHX 2025, Sarawak telah diwakili oleh institusi perubatan Normah Medical Specialist Centre dan Timberland Medical Centre.

Mereka menawarkan pakej promosi eksklusif bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pesakit Indonesia yang memerlukan rawatan perubatan khusus.

Untuk makluman, ini merupakan tahun ketiga berturut-turut STB mengambil bahagian dalam pameran ASTINDO, mempromosikan keunikan budaya, pengembaraan dan tarikan alam semula jadi Sarawak kepada pelancong Indonesia.

“Usaha ini adalah seiring dengan matlamat Sarawak untuk memperkukuh hubungan dengan pihak berkepentingan industri pelancongan serta memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pilihan utama pelancong Indonesia.”

Dengan penerbangan langsung harian dari Jakarta ke Kuching melalui AirAsia, akses kepada perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia di Sarawak kini lebih mudah berbanding sebelum ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU