ARTIKEL

Datuk Ahmad ketika menyampaikan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 di Dewan Negara, hari ini.

Sarawak diyakini mampu urus Lembaga Pelabuhan Bintulu, kurangkan beban pengurusan Kerajaan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penurunan kuasa, hak, kewajipan, liabiliti, obligasi dan pematuhan Lembaga Pelabuhan Bintulu kepada Kerajaan Sarawak merupakan permulaan yang baik untuk Sarawak dan Kerajaan Persekutuan memahami perkara termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Senator Datuk Ahmad Ibrahim.

Pada masa yang sama, ia juga memberi gambaran jelas soal komitmen Kerajaan Persekutuan untuk mendengar hasrat Kerajaan Sarawak bagi mengambil alih dan mengawal selia Pelabuhan Bintulu sebagai sebahagian daripada pelabuhan Sarawak.
 
“Tidak perlu digusarkan soal pengambilalihan ini kerana ia tetap juga sebahagian dalam Kerajaan Persekutuan.

“Bintulu Port Sdn Bhd akan terus beroperasi seperti biasa memandangkan pertukaran status pelabuhan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak tidak menjejaskan fungsi mereka sebagai operator pelabuhan.

“Begitu juga dengan Pelabuhan Bintulu, wakil dari Persekutuan seperti PETRONAS tetap ada di situ seperti sebelumnya. Inilah keunikan dalam kita mengekalkan semangat persekutuan,” katanya dalam perbahasan ke atas Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata Kerajaan Sarawak diyakini mampu mengurus tadbir dan mengawal selia Lembaga Pelabuhan Bintulu, sekali gus mengurangan beban pengurusan oleh Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, ia secara tidak langsung membolehkan Kerajaan Persekutuan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang sedia ada untuk fokus pada perkara yang lebih penting, pembangunan lain atau infrastruktur lain yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh.

“Lembaga Pelabuhan Bintulu masih perlu membayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan atas keuntungan yang diperoleh.

“Soal keselamatan, tanggungjawab keselamatan masih di bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keselamatan perairan Malaysia terjaga daripada sebarang ancaman,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat