ARTIKEL

Sarawak Energy jamin bekalan elektrik pulih sepenuhnya petang ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy memberi jaminan bahawa masalah gangguan bekalan elektrik melibatkan kawasan Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri akan pulih sepenuhnya sekitar jam 3 petang, hari ini.

Sarawak Eenergy memaklumkan bahawa pasukan teknikalnya sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang terjejas di seluruh kawasan berkenaan.

Katanya, ketika ini bekalan elektrik telah berjaya dipulihkan di kawasan Sibu dan Bintulu.

“Justeru, kita menjangkakan pemulihan penuh bekalan elektrik ini adalah sekitar jam 3 petang nanti.

“Ia adalah gangguan tidak dijangka, dan kita sedang menyiasat punca gangguan tersebut,” menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Gangguan bekalan itu juga menjejaskan beberapa kawasan atau bahagian utama di bandar raya ini.

Sarawak Energy juga akan mengemas kini
perkembangan dari semasa ke semasa.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU