ARTIKEL

Majang merasmikan penutupan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) di Kampung Kuala Nyalau pada Sabtu.

Sarawak guna pemantauan digital pantau alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Peranan komuniti amat penting dalam memastikan usaha Kerajaan Negeri menjaga kelestarian alam sekitar dapat dilaksanakan secara menyeluruh, kata Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi.

Menurut beliau, selain dasar dan undang-undang yang digubal kerajaan, penglibatan masyarakat di peringkat akar umbi menjadi tonggak utama dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem dan mengurangkan pencemaran.

Majang merakam gambar bersama peserta Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

Katanya, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai langkah termasuk penguatkuasaan Ordinan Alam Sekitar 2024, Ordinan Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau 2023, pelaksanaan kajian Environmental Impact Assessment (EIA) sebelum projek pembangunan, serta pemantauan digital alam sekitar secara berterusan.

“Namun semua usaha ini tidak akan berkesan tanpa kesedaran dan tindakan bersama masyarakat, khususnya komuniti kampung yang berdepan secara langsung dengan kesan pencemaran dan perubahan iklim,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) di Kampung Kuala Nyalau, pada Sabtu.

Majang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, turut menzahirkan penghargaan kepada komuniti Kampung Kuala Nyalau yang dianggap sebagai contoh terbaik dalam menyokong program kesedaran alam sekitar di peringkat tempatan.

“Kejayaan program ini membuktikan bahawa apabila kerajaan, agensi berkaitan dan masyarakat berganding bahu, kita mampu memastikan Sarawak terus maju, hijau dan lestari untuk generasi akan datang,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU