ARTIKEL

Len (kanan) melihat teks ucapan penggulungan kementerian itu pada Persidangan DUN Sarawak, hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

Sarawak hampir capai status geopark UNESCO, keputusan ke peringkat akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keputusan memberikan status Green Card (accepted) bagi pencalonan Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) akan dibawa ke Lembaga Ekekutif UNESCO yang dijadualkan pada Mei 2026.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata ia bagi proses pengesahan untuk pengiktirafan rasmi sebagai UGGp selepas status itu diberikan oleh majlis UNESCO Global Geopark dalam mesyuarat ke-10 yang berlangsung pada 5 hingga 6 September 2025 di Kütralkura UNESCO Global Geopark, Chile.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Len berkata, majlis penganugerahan Taman Negara Bako dan Taman Negara Bukit Lambir sebagai ASEAN Heritage Park yang baharu akan diadakan pada 3 Disember nanti di Hanoi, Vietnam.

“ Ini merupakan satu lagi kejayaan besar buat Sarawak dan negara kita, membuktikan keupayaan pengurusan taman negara yang mencapai piawaian pengurusan terbaik di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, Len turut memaklumkan mengenai pembangunan hab eko-pelancongan baharu merangkumi Taman Negara Sabal dan Hutan Simpan Sabal, yang dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 18 Oktober 2025.

“Hab ini meliputi kawasan Model Pengurusan Hutan Mampan (Forest Management Area Model) dan taman buluh (Bambusetum) yang dikendalikan bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Jabatan Hutan Sarawak dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata projek Kompleks Sabal bernilai RM65 juta dijangka bermula pada 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

“Projek ini merupakan inisiatif strategik yang mengintegrasikan pemuliharaan, pengurusan hutan mampan serta pembangunan eko-pelancongan berasaskan konservasi,” jelasnya.

Justeru, Len berkata, komponen projek melibatkan penyediaan kemudahan asas, penginapan, fasiliti penyelidikan dan latihan, pembangunan hutan rekreasi serta infrastruktur pelancongan moden dan mesra alam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU