ARTIKEL

Sarawak iktiraf inovasi digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), bertemakan “Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit and Beyond.”

Timbalan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dr Suhaila Jaffar berkata Anugerah Ekonomi Digital (DEA) 2026 akan diadakan bersempena persidangan itu, dengan majlis penyampaian anugerah dijadual berlangsung pada majlis makan malam gala IDECS 2026.

DEA 2026 berhasrat untuk mengiktiraf organisasi dan individu atas inisiatif yang menyumbang kepada transformasi digital, kemampanan serta pertumbuhan inklusif selaras dengan agenda ekonomi digital Sarawak.

“Tujuh kategori anugerah akan dipertandingkan iaitu Anugerah Teknologi Digital, Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan, Anugerah Inovasi Kecerdasan Buatan (AI), Anugerah Kerajaan Digital, Anugerah Industri Kreatif Digital, Anugerah Kelestarian Alam Sekitar dan Anugerah Penyelesaian Pintar,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Media SMA.

Beliau berkata pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala penerima Anugerah Premier ilaksanakan secara profesional, berintegri akan membawa pulang RM20,000.

Permohonan bagi DEA 2026 dibuka sehingga 6 September dan perlu dihantar secara dalam talian menerusi laman sesawang digitaleconomyawards.com, katanya. Beliau menyeru individu dan organisasi yang layak untuk menyertai anugerah itu, yang dianjurkan Kerajaan Sarawak melalui SMA sebagai sebahagian daripada program sempena IDECS 2026. – Bernama

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia